fbpx

Tze Yong tak sabar berdepan Tien Chen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG ketika berdepan pemain Kanada, Brian Yang pada pusingan pertama kejohanan Malaysia Masters di Arena Axiata hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki utama kebangsaan, Ng Tze Yong melepasi halangan pertama pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Arena Axiata, Bukit Jalil selepas menewaskan pemain Kanada, Brian Yang.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung hari ini, pemain No.48 dunia itu mencatat kemenangan 21-15, 21-15 bagi menempah pertemuan dengan pilihan keempat kejohanan dari Taiwan, Chou Tien Chen di pusingan kedua esok.

Tze Yong tekad untuk menampilkan aksi terbaik berdepan Tien Chen kerana menganggap peluang menentang pemain ternama tidak selalu datang, lebih-lebih lagi dalam kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 itu.

“Esok saya akan bermain menentang Tien Chen tetapi saya tidak mahu fikir banyak sangat kerana apa yang penting adalah fokus terhadap permainan. Bagaimanapun, saya teruja untuk bertemu pemain ternama sepertinya.

“Bagi saya, bukan sesuatu yang mudah untuk dapat peluang beraksi menentang pemain dengan status seperti Tien Chen. Saya harap dapat tampilkan aksi terbaik esok,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Mengulas aksi menentang Yang hari ini, Tze Yong menyuarakan rasa puas hati kerana dapat menewaskan pemain yang berada pada ranking lebih tinggi di kedudukan ke-31 dunia.

“Saya gembira dengan permainan hari ini memandangkan dia adalah pemain yang berada pada ranking lebih tinggi. Ini adalah pertemuan kedua kami sejak Kejohanan Remaja Dunia tetapi tidak banyak yang saya fikir.

“Sepanjang perlawanan itu, saya hanya fokus terhadap permainan sendiri walaupun agak penat selepas bermain dua perlawanan di pusingan kelayakan. Satu kejutan juga untuk saya kerana menang dengan pemain ranking lebih tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI