fbpx

Jangan cakap apa-apa, diam itu lebih baik – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Fazura, jangan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang sesuatu perkara atau isu yang berlaku sebelum mengetahui kebenarannya.

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan berita pembunuhan tragis dan kisah menyayat hati yang berlaku dalam kalangan masyarakat negara dan meraih jutaan respons daripada orang ramai.

Melihat ramai yang melontarkan pandangan sendiri isu tersebut, aktres popular, Fazura berpendapat orang ramai disarankan untuk tidak mengeluarkan sebarang komen tanpa mengetahui kebenaran di sebalik sesuatu perkara.

“Hari ini (semalam) saya terfikir kenapa kita selalu buang masa untuk komen benda yang kita tak tahu dan tiada kena mengena dengan kita.

“Kadang-kadang saya terbaca macam-macam dalam media sosial. Kita seperti tahu tentang semua yang berlaku termasuk mengenai kehidupan seseorang.

“Sebenarnya kita tak tahu pun tentang kehidupan dan apa yang berlaku di dalam rumah mereka. Kita tak tahu apa-apa pun,” katanya dalam satu video TikTok.

Dalam pada itu, pelakon filem Pisau Cukur berkenaan menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum mengetahui sesuatu kebenaran.

“Saya rasa lebih baik untuk kita tak bercakap apa-apa. Diam itu lebih baik.

“Sebab kita memang tak tahu apa-apa. Doa yang baik-baik,” katanya lagi.

Untuk info, sejak beberapa hari lalu negara digemparkan dengan beberapa kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri serta ibu dan anak. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI