fbpx

Filem Mat Kilau: Kerajaan negeri pertimbang lokasi penggambaran jadi destinasi pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (kanan) bercakap pada sidang akhbar program Apresiasi Seni Budaya dan Warisan Negeri Perak di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan lokasi penggambaran filem Mat Kilau di Padang Koba Teluk Bakong dekat Bota sebagai destinasi tarikan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, cadangan tersebut dilihat baik untuk menarik kehadiran pelancong bagi mengunjungi lokasi penggambaran filem hebat itu.

“Setakat ini kita belum lakukan apa-apa lagi untuk kekalkan lokasi pengambaran filem itu kerana difahamkan ia bukan set kekal.

“Bagaimanapun, kita akan lihat semula cadangan itu sama ada perlu untuk mengekalkannya sebagai destinasi popular dalam perfileman,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar program Apresiasi Seni Budaya dan Warisan Negeri Perak di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Perak mempunyai banyak lokasi menarik yang sesuai dijadikan set penggambaran dan ia telah pun terbukti menerusi beberapa filem sebelum ini.

Malah, katanya, sejak tahun 2016 di bawah Perak Film Office (PFO), pihak itu telah menyediakan khidmat membantu pengusaha filem mendapatkan lokasi yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

Katanya, langkah itu berjaya memperkenalkan banyak lokasi-lokasi menarik di Perak termasuklah Kapal Korek Warisan Negara iaitu Tanjung Tualang Nombor 5 (TT5) yang telah dilakukan beberapa siri penggambaran di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI