fbpx

Pasangan muda positif dadah dicekup di Bayan Lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan muda ditahan selepas disyaki berada di bawah pengaruh dadah oleh anggota dari Balai Bayan Lepas, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Padah buat satu pasangan lelaki dan wanita muda apabila mereka dipercayai dicekup dalam keadaan di bawah pengaruh dadah di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini malam tadi.

Suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas anggota dari Balai Polis Bayan Lepas semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ)

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), Pemeriksaan terhadap lelaki terbabit telah menemui lapan paket plastik mengandungi dadah disyaki syabu anggaran berat 7.90 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah (Methamphetamine dan Amphetamine),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi lelaki berusia 40-an turut diberkas anggota dari Balai Polis Teluk Bahang.

“Tangkapan dilakukan di tepi Jalan Hassan Abbas melibatkan seorang lelaki disyaki penagih dadah. Ujian saringan awal air kencing dapati suspek positif dadah.

“Kes disiasat di bawah Sek 39A(1) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI