fbpx

Amaran ribut petir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh buah negeri tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran tersebut dikeluarkan berikutan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri-negeri berkenaan sehingga pukul 3 petang nanti.

Negeri yang terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan daerah Hilir Perak dan Muallim.

“Sementara itu, cuaca sama juga diramalkan akan melanda negeri Pahang di daerah Raub, Bentong dan Temerloh,” katanya di sini tadi.

Selain itu, katanya, negeri Selangor turut diberikan amaran sama melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Amaran ribut petir turut dikenakan di Negeri Sembilan melibatkan daerah Port Dickson dan Rembau.

“Hujan lebat berserta ribut petir juga boleh berlaku di seluruh negeri Melaka serta beberapa daerah di Johor iaitu Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” jelasnya.

Sementara itu di negeri Sarawak pula, amaran sama turut diberikan di daerah Kuching sehingga 3 petang ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI