fbpx

Ismail Sabri ucap takziah pemergian S. Subramaniam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Tan Sri S. Subramaniam yang meninggal dunia pukul 8 malam tadi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Tan Sri S. Subramaniam, 78, yang meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ismail Sabri berkata, beliau telah dimaklumkan tentang pemergian bekas Timbalan Presiden MIC itu yang disifatkan sebagai banyak menabur bakti kepada Keluarga Malaysia.

“Mendapat perkhabaran tentang pemergian Tan Sri S. Subramaniam, bekas Timbalan Presiden MIC yang meninggal dunia malam tadi.

“Mendiang merupakan bekas Ahli Parlimen Damansara dan Ahli Parlimen Segamat yang banyak menabur bakti kepada Keluarga Malaysia,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook hari ini.

Menurut Ismail Sabri, mendiang juga banyak berjasa kepada negara semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di tiga kementerian iaitu Pertanian, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang dan saya berharap semoga mereka tabah atas kehilangan orang yang tersayang,” katanya.

Difahamkan, mendiang sebelum ini terlantar hampir 11 tahun selepas diserang angin ahmar dan acara pengebumian akan diadakan di rumah keluarganya di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI