fbpx

Piala AFF B-19: Malaysia tewaskan Kemboja 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain skuad B-19 kebangsaan meraikan jaringan gol yang dilakukan selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Kemboja pada aksi Piala AFF B-19 sebentar tadi. - Foto ihsan AFF

PETALING JAYA – Skuad bola sepak bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan memulakan kempen Piala AFF B-19 dengan rentak positif selepas menewaskan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan B petang tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Madya, Gelora Bung Karno, Jakarta itu, pasukan bimbingan Hassan Sazali Waras tidak menunggu lama untuk mendahului hasil ledakan Najmudin Akmal Kamal Akmal seawal minit ke-13.

Momentum skuad remaja Harimau Malaya berterusan apabila jentera serangan semakin ghairah menambah gol dan berjaya meledak gol kedua hasil jaringan Haiqal Haqeemi Hairi pada minit ke-30.

Bersambung pada babak kedua, Kemboja mula memperkemaskan jentera serangan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi ledaka Chanvibol Davit pada minit ke-56.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad muda negara dilihat agak tertekan dalam usaha mempertahankan kelebihan selain mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk menambah gol dengan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad B-19 negara dijadualkan meneruskan saingan peringkat kumpulan berdepan Singapura pada Khamis ini sebelum menentang Timor-Leste (9 Julai) dengan aksi terakhir bertemu Laos (11 Julai).

Sebagai rekod, kali terakhir skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF B-19 adalah pada edisi 2018 dibawah kendalian Bojan Hodak selepas menewaskan Myanmar 4-3 di pentas final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI