fbpx

Bayi empat kaki, empat tangan dianggap jelmaan dewi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI ini dan ibunya dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas proses bersalin pada 2 Julai lalu. - SWNS

NEW DELHI – Seorang bayi yang dilahirkan di negeri Uttar Pradesh, India dengan lebihan sepasang kaki dan tangan menjadi tular apabila dikatakan 

jelmaan dewi masyarakat Hindu, lapor akhbar Mirror UK.

Anak kecil itu dipuji sebagai ‘keajaiban alam semula jadi’, malah dikatakan adalah penjelmaan semula dewi menurut kepercayaan tempatan.

Gambar luar biasa menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram itu mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki tambahan pada perutnya.

Bayi itu dilahirkan di Pusat Kesihatan Komuniti Shahabad hujung minggu lalu di daerah Hardoi, negeri Uttar Pradesh, utara India.

Kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan sihat meskipun keadaan bayi tersebut agak luar biasa.

Selepas berita mengenai kelahiran unik itu  tersebar ke seluruh daerah berkenaan, penduduk tempatan berpusu-pusu datang ke hospital itu untuk melihat sendiri bayi itu yang mendapat julukan ‘dewi berbilang anggota badan’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI