fbpx

Anak bongsu tidak sedar kejadian menimpa mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Khairi Ramadan (dua dari kanan) ditemani rakan-rakannya di rumahnya dekat Felda Mengkuang di Bera.

BERA – Anak bongsu kepada mangsa yang maut dalam kejadian samun di Felda Mengkuang, Muhammad Khairi Ramadan Mohd Haris, 22, tidak menyedari kejadian yang berlaku terhadap ibunya.

Menurutnya, pada awal pagi, dia dan ibunya sempat ke masjid bersama-sama tetapi dia pulang ke rumah bersendirian kerana ibunya mahu mengaji.

“Saya memang tidak sedar apa-apa sebab lepas balik dari masjid saya rehat dalam bilik. Saya sedar bila ayah saya panggil beritahu dia sakit kepala dan paip dalam bilik air bocor.

“Saya masuk bilik emak saya untuk ambil peralatan untuk baiki paip, tetapi saya tengok keadaan emak terbaring dan saya panggil dia namun tiada respon. Sedar-sedar emak sudah tiada,” katanya.

Mangsa Siti Zuliana Said,52, maut selepas dipercayai dijerut di leher dalam kejadian samun di rumahnya dekat Felda Mengkuang di sini hari ini.

Muhammad Khairi Ramadan berkata, ayahnya, Mohd Haris Ibrahim, 60, yang berada di ruang tamu secara tiba-tiba didatangi suspek dari belakang dan mencekik ayahnya sebelum menghentak kepala ayahnya dengan objek keras.

“Ayah pengsan sekejap, selepas itu dia panggil saya. Mungkin masa itu, ayah belum sedar dengan apa yang berlaku pada emak.

“Masa saya masuk bilik emak, masa itulah baru sedar keadaan mak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI