fbpx

Kemas sasar capai KPI lengkap 100 peratus tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (tengah) dan Mohamad Yasid (dua kanan) melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Kemas 2022-2026 di Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasarkan mampu mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) lengkap 100 peratus untuk semua aktiviti sebelum akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, secara umumnya kesemua program KPI Aspirasi Keluarga Malaysia hampir berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, kejayaan ini direalisasikan menerusi kerjasama yang amat bersepadu daripada kakitangan Kemas meliputi setiap peringkat di seluruh seluruh,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir menyaksikan Perhimpunan Bulan Julai dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Kemas 2022-2026 di Dewan Sri Lestari, kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau juga memimpin bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang disertai 440 kakitangan dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohamad Yasid berkata, sepanjang tahun ini, Kemas diperuntukkan bajet sebanyak RM8,017,656 untuk melaksanakan pelbagai program berteraskan KPI penting.

Antaranya, Program Asnaf Berdikari yang berjaya membabitkan 50 peserta dengan dana RM150,000 dan Program Quickwin yang melibatkan 150 usahawan dengan dana RM500,000.

“Kemas juga telah pun berjaya menyiapkan Program Quickwin Kiosk yang meliputi sejumlah 10 buah kiosk disasarkan dengan peruntukan dibelanjakan sebanyak RM100,000,” jelasnya.

Beliau turut gembira apabila Program Pembangunan Usahawan Kemas untuk tahun ini sudah melahirkan seramai 1,573 usahawan dan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM385,650.

Tidak ketinggalan Program Perluasan Akses dan Jaringan Internet apabila sebanyak 314 buah daripada 700 buah yang disasarkan sudah pun dipasang dengan peruntukan RM42,390.

Tambah belua, Kemas juga telah membelanjakan RM116,500 bagi 19 siri Program Pendidikan Literasi Fungsian dikelolakan agensi itu di seluruh negara tahun ini.

Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku dan Pusat Daya Maju Keluarga Malaysia katanya, juga dalam perancangan pihak Kemas untuk pelaksanaan sejajar KPI yang sudah ditetapkan.

“Insya-Allah, untuk baki beberapa bulan lagi, pihak Kemas akan berusaha lebih keras dan amat yakin dapat mencapai misi sasaran KPI penuh pada penghujung tahun ini,” tegas beliau.

Menyentuh Pelan Antirasuah Organisasi, beliau menjelaskan ia mengandungi lima strategi yang perlu dilengkapkan dalam masa lima tahun oleh kesemua bahagian dan unit di Kemas.

Dengan tema khusus, Kemas Berintegriti Rasuah Diperangi, pelan tersebut menggariskan 25 inisiatif agar warga agensi itu membudayakan konsep pencegahan rasuah dalam tugasan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI