fbpx

Rafael Nadal makin berkobar buru gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL bakal berdepan Fritz pada aksi suku akhir selepas menundukkan Zandschulp di pusingan 16 terbaik awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Wimbledon selepas menewaskan pilihan ke-21 dari Belanda, Botic Van De Zandschulp 6-4, 6-2, 7-6 awal pagi semalam.

Kemenangan straight-set Nadal ke atas Zandschulp membuktikan jaguh berusia 36 tahun itu berada dalam prestasi terbaik­nya untuk memburu mahkota Wimbledon ketiga nanti.

Nadal mengakui ia adalah persembahan terbaik yang dilakukannya selepas tiga tahun meninggalkan Wimbledon sekali gus tekad untuk melangkah lebih jauh terutama ke pentas final.

“Saya fikir saya akan teruskan rentak positif sehingga tamat di mana saya bermula dengan te­ruk.

“Secara peribadi, saya dapat mara ke suku akhir selepas tiga tahun berjauhan dari Wimbledon, ia adalah sesuatu yang menakjubkan bagi saya dan saya sangat gembira dapat melepasi pusingan ini,” kata pilihan kedua dari Sepanyol itu.

Nadal yang mara ke suku akhir Wimbledon buat kali kelapan tersebut akan berdepan pemain pilihan ke-11, Taylor Fritz selepas pemain Amerika Syarikat tersebut mengatasi pemain Australia, Jason Kubler 6-3, 6-1, 6-4.

“Setiap pusingan ada cabaran tersendiri, tetapi saya yakin Fritz akan menjadi pencabar yang sukar. Ini adalah cabaran sebenar untuk memburu tiket ke separuh akhir,” tegas Nadal.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI