fbpx

Felda Bukit Tongkat diancam gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jum menunjukkan pokok kelapa sawit yang tumbang akibat diserang gajah liar di Felda Bukit Tongkat, Kluang pada Jumaat lalu.

KLUANG – Peneroka kelapa sawit di Felda Bukit Tongkat di sini bimbang dengan ancaman sera­ngan gajah kembali berulang di kawasan itu jika masih belum ada tindakan oleh pihak berwajib.

Menurut salah seorang penduduk, Juliza Jum, 34, pada Jumaat lalu dia sekeluarga terpe­ranjat apabila mendapati kebun kelapa sawit milik bapanya, Jum Hashim, 52, dirosakkan kawanan haiwan itu yang dianggarkan lima ekor termasuk anak gajah.

Katanya, ini adalah kali ke­dua tanaman kelapa sawit milik orang tuanya itu diserang kawanan itu menyebabkan dia bimbangkan keselamatan bapanya dan pe­neroka lain yang sudah tua jika terserempak haiwan berkenaan.

“Pada Jumaat lalu kira-kira 8.30 pagi ayah masuk ke kebun kelapa sawit, terperanjat apabila mendapati pokok kelapa sawit dan pondok berehat dirosakkan yang dipercayai dilakukan gajah liar berdasarkan penemuan tapak kaki haiwan itu di situ.

“Sebanyak tujuh batang pokok kelapa sawit ditumbangkan manakala lebih 134 pokok yang lain dirosakkan haiwan berkenaan yang kemungkinan datang bagi mencari makanan.

“Difahamkan bukan bapa sahaja yang mengalami masalah sama, ada juga peneroka lain yang terjejas tetapi mereka tidak membuat hebahan kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Juliza berkata, pihaknya sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan Felda Bukit Tongkat dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran kawanan gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk lagi.

“Pihak berkuasa perlu siasat mengapa gajah semakin kerap berlaku di daerah ini di mana kawanan gajah sudah memasuki kawasan perumahan penduduk di Taman Seri Impian dan Taman Sri Lambak sebelum ini.

“Kemungkinan habitat asal haiwan berkenaan sudah dimusnahkan hingga terpaksa keluar mencari makanan ke kawasan kebun kelapa sawit dan merosakkan tanaman penduduk di taman perumahan ,” katanya.

Dia menambah, sebelum ini kejadian gajah masuk ladang kelapa sawit tidak berlaku tetapi akhir-akhir ini kerap pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI