MELAKA – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai dikelar ahli keluarga sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang berusia 60-an dipercayai telah dibunuh oleh suspek berusia 40-an.
Maklumat daripada jiran mengatakan, suspek bagaimanapun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis .
Kosmo! masih berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan berita lanjut. – KOSMO ONLINE!