fbpx

Franck Kessie dedah punca sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESSIE menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Barcelona selepas berhijrah secara percuma dari Milan. – AFP

BARCELONA – Pemain tengah baharu Barcelona, Franck Kessie mengakui keputusan untuk berhijrah ke Camp Nou pada saingan musim baharu ini dibuat selepas mendengar nasihat bekas pemain legenda Ivory Coast, Yaya Toure.

Sebagai rekod, Kessie telah melengkapkan perpindahan ke Barcelona secara percuma selepas kontraknya bersama juara Serie A, AC Milan berakhir bulan lalu dengan nilai tebus kontrak selama empat tahun yang ditetapkan The Catalans seba­nyak £430 juta (RM2.3 bilion).

Kata Kessie, keputusan untuk berhijrah menyertai skuad kendalian Xavi Hernandez itu tepat untuk dilakukan selain percaya tidak menunggu masa yang lama bagi menyesuaikan diri dengan corak taktikal yang diterapkan pasukan.

“Saya sudah bersedia seratus peratus dan tidak sabar untuk menyarung jersi kelab dalam aksi kompetitif. Jika ditanya apa ke­lebihan saya, sudah tentulah tahap kecergasan fizikal yang baik serta tidak gentar untuk berlari mengejar bola tidak kira ketika bertahan mahupun menyerang.

“Apa yang pasti, harus diakui sebelum menerima tawaran Barcelona, saya ada mendapat kontrak daripada kelab-kelab lain, tetapi Toure banyak mempe­ngaruhi keputusan saya kerana dia berpendapat tiada pasukan lebih baik berbanding Barcelona,”­ katanya.

Sementara itu, Barcelona turut mengesahkan kehadiran tonggak pertahanan antara­bangsa Denmark, Andreas Christen­sen secara percuma selepas kontrak pemain tersebut bersama Chelsea berakhir pada bulan lalu.

“Saya kekal 10 tahun di Stamford Bridge dan mencipta ba­nyak kejayaan bersama pasukan. Kini, sudah tiba masa buat saya mencari angin baharu dan terima kasih diucapkan kepada penyokong, barisan pemain serta kejurulatihan yang membantu saya selama ini di Chelsea,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN