fbpx

Wanita makan sarapan 8,000 kalori dalam masa cuma 8 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shutkever menghabiskan hidangan ‘big breakfast’ dalam masa lapan minit dua saat. - YouTube

LONDON – Seorang wanita di England mencipta rekod tersendiri apabila makan sarapan berat mengandungi 8,000 kalori dalam masa hanya lapan minit, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Wanita berasal dari Birmingham, Leah Shutkever yang didakwa merupakan pemegang 27 Rekod Dunia Guinness,melengkapkan cabaran sarapan Bicester Bean itu pada bulan lepas.

Dia memakan lima biji telur, lima sosej, lima ketul daging, lima tomato, lima kentang goreng dan lima puding hitam beserta lima keping roti bakar, lima hidangan kacang dan lima hidangan cendawan.

Shutkever menghabiskan semua hidangan tersebut dalam tempoh lapan minit dua saat sekali gus memecahkan rekod sebelum ini iaitu 12 minit dan 50 saat yang dicipta hanya dua minggu sebelumnya.

“Rekod sebelum ini sangat bagus sehingga membuatkan saya gementar, namun saya benar-benar mahu mengalahkannya.

“Ia adalah  cabaran yang sukar kerana hidangan itu diletakkan di dalam mangkuk besar dan terdapat banyak kacang,” kata Shutkever.

Bagi mengimbangi kerjayanya sebagai pemakan kompetitif profesional sejak dua tahun lalu, Shutkever memberitahu bahawa dia melakukan senaman setiap hari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI