fbpx

‘Saya reda dan terima takdir ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Nora sayu melihat keadaan anak bongsunya, Nursyazwana yang menghidap penyakit Hydrocephalus ketika ditemui di Kampung Tok Bintang, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Seorang ibu pasrah apabila anak gadisnya hanya mampu menghabiskan masa di atas katil kerana terlantar dan tidak berpeluang menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak dan remaja.

Wan Nora Wan Nawi, 42, berkata, anaknya, Nursyazwana Mohd. Azri, 13, menghidap pe­nyakit Hydrocephalus yang menyebabkan kepalanya membesar berikutan kewujudan lebihan cecair pada bahagian otak sejak lahir.

Wan Nora berkata, penyakit terbabit turut menyebabkan tumbesarannya terbantut.

“Jika remaja perempuan lain seusianya kini sudah bersekolah menengah, Nursyazwana hanya terlantar di atas tilam sejak lahir.

“Saya sudah dimaklumkan tentang risiko kelahiran pada usia kehamilan tujuh bulan dan reda menerima dengan suratan takdirNya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Tok Bintang di sini baru-baru ini.

Menurut Wan Nora, Nur­syazwana ditahan di wad selama tiga bulan sebaik dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Tambahnya, anak bongsu daripada dua beradik berkenaan turut pernah menjalani pembedahan membuang nanah dalam kepalanya sewaktu kecil.

“Dia memerlukan penjagaan rapi dan ekoran masalah tumbesaran, berat badannya tidak pernah melebihi 30 kilogram.

“Biar pun tidak boleh bertutur, sebagai ibu, saya amat memahami kemahuannya hanya menerusi bahasa tubuh,” katanya.
Wan Nora berkata, kos penjagaan bulanan Nursyazwana meliputi susu khas, lampin pakai buang dan makanan bijirin me­lebihi RM600 sebulan.

Dia berkata, mereka sekeluarga termasuk anak sulungnya, Nur Maisarah, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia bergantung harap dengan pendapatan suaminya, Mohd. Azri Yusof, 44, yang bekerja kampung.

“Syukur kami menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM800 sebulan,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Wan Nora bernombor 115001044307260100015 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi wanita itu di talian 013-919 7322.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI