fbpx

[VIDEO] Tukang cuci kapal disyaki kelar wanita, bayi direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukang cuci kapal direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

JOHOR BAHRU – Suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kejam mengelar leher seorang wanita dan anaknya berusia 44 hari direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini.

Suspek berusia 24 tahun yang berpakaian baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9 pagi.

Semalam, suspek ditahan pada pukul 2.45 petang di Permas Jaya, di sini selepas melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal.

Berita berkaitan: Lelaki kelar leher wanita habis pantang, bayi 44 hari

Tukang cuci kapal itu disyaki membunuh isterinya berusia 26 tahun yang baru habis pantang dan anak lelakinya berusia 44 hari di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau pemotong beserta sebuah motosikal yang dinaiki suspek.

Berita berkaitan: Ahli keluarga kelar wanita, bayi ditahan dalam keadaan bogel

Suspek melangsungkan perkahwinannya pada tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menunggu detik untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 24 Julai ini serta melangsungkan majlis akikah untuk anak sulung mereka.

Sebelum ini, suspek pernah bekerja untuk membersihkan stadium namun telah berhenti kerja beberapa bulan lalu dan kini melakukan kerja-kerja sambilan, tidak mempunyai pekerjaan tetap. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI