fbpx

Angkara salah parkir, ‘King’ diangkat beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden memaparkan sebuah Myvi diangkat sekumpulan lelaki gara-gara telah menghalang laluan kenderaan lain.

PETALING JAYA – Masih ramai pengguna yang tidak tahu menggunakan ruang parkir dengan betul sehingga menyusahkan pengguna lain apabila kenderaan mereka menghalang laluan di jalan raya.

Situasi tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian video oleh Amir Afiq di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat dan mengalihkan kereta Perodua Myvi gara-gara diparkir di tempat salah.

Menurut pemilik video, dia turut berada di lokasi kejadian dan difahamkan bas yang dinaiki Amir dan rakan-rakannya itu sukar melalui laluan terbabit disebabkan terhalang oleh kereta tersebut.

Jelasnya lagi, sebelum mengambil keputusan untuk mengangkat kereta terbabit beramai-ramai, mereka telah berusaha mencari pemiliknya terlebih dahulu namun tidak ditemui.

“Kami nak balik kereta ini halang sudah la jalan sempit, dia parkir pun tengah jalan, kami dah pusing cari pemilik kereta satu padang kota. Ini sahaja kami mampu buat,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan sekumpulan lelaki berkenaan kerana masih bertimbang rasa dan tidak merosakkan kereta tersebut meskipun ia telah menghalang dan menyusahkan mereka.

“Terbaik la, kalau jenis tak sabar, mahu dilanggar sahaja kereta itu, ‘King’ tak ‘King’, semua kasi rembat, yang parkir ikut suka hati siapa suruh,” ujar Kamarul Azmi.

“Nasib baik abang-abang kita gagah, boleh tolong angkat dan ubah, terima kasih jadi pengguna bijak,” kata Mastura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI