fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sedang berlaku di empat negeri sekitar Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook memaklumkan cuaca buruk tersebut lebih tertumpu di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh dan Maran, Pahang.

Selain itu, bagi Negeri Sembilan pula, antara kawasan yang turut dilanda hujan lebat pagi ini adalah Port Dickson dan Rembau.

“Di Melaka, kesemua daerah dilaporkan sedang menerima taburan hujan yang tinggi ketika ini.

“Manakala di negeri Johor, hujan lebat dan ribut petir sedang berlaku melibatkan Tangkak dan Muar,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan kembali reda dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, penduduk di Kampung Masjid Iboi, Baling terkejut apabila kawasan perkampungan tersebut dilanda banjir kilat dengan beberapa rumah dikatakan ranap dan hanyut dalam kejadian pada petang semalam.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat selama tiga jam bermula pukul 2 petang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk berdekatan tebing sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI