fbpx

Remaja tahan sakit sejam setengah, batang besi tersangkut jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memotong sebatang besi yang tersangkut pada jari hantu seorang remaja di HRPZ II, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki terpaksa menahan sakit selama satu jam 30 minit selepas sebatang besi berukuran 15 sentimeter tersangkut pada jari hantu dalam kejadian di rumah keluarganya di Kampung Pulau Pisang, Kuala Besar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini selepas menemui jalan buntu untuk mengeluarkan besi tersebut daripada jari remaja tersebut.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari HRPZ II kira-kira pukul 6.56 petang tadi sebelum tiga anggota bergegas ke hospital berkenaan.

Menurutnya, anggota bomba bertugas mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memotong besi tersebut.

“Bahagian jari hantu remaja itu hanya mengalami luka akibat tersangkut pada batang besi tersebut dalam tempoh yang lama.

“Siasatan mendapati, mangsa dipercayai bermain-main dengan batang besi tersebut yang ditemuinya di kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Zukeri, mangsa dirawat di HRPZ II dan sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas batang besi tersebut dipotong. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI