fbpx

Peniaga tutup kedai, bekalan telur habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Taib menunjukkan bekas telur kosong selepas bekalan telur dikedainya habis di Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Bekalan telur ayam di daerah ini yang berkurangan sejak 1 Julai lalu semakin membimbangkan apabila kebanyakan pemborong, pasar raya dan kedai tidak mempunyai stok.

Seorang pemborong telur, Alfian Ibrahim, 53, berkata, dia terpaksa menutup premis perniagaannya selama tiga hari berselepas terputus bekalan telur.

“Biasanya, saya ambil bekalan telur sebanyak 3,000 papan dan cukup untuk seminggu. Bagaimanapun stok 3,400 papan yang diambil Sabtu lalu habis dijual tidak sampai tiga hari.

“Apa yang mengejutkan, pe­langgan yang membeli kebanyakan dari luar daerah ini termasuk Cherating, Pahang dan Dungun,” katanya di sini semalam.

Alfian percaya, pembelian panik tersebut disebabkan kebimbangan pengguna terutama pengusaha kedai makan berhubung kenaikan mendadak harga telur.

Beberapa kedai pemborong telur terpaksa menutup premis berikutan tiada stok.

Bagi peniaga kedai runcit, Mohd. Taib Abu Bakar, 61, pula dia tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya kerana tidak mendapat bekalan telur meskipun telah mencari ke beberapa pasar raya dan kedai pemborong.

“Biasanya, saya akan beli 20 papan telur untuk dijual kepada peniaga kedai makan yang te­lah membuat tempahan, namun sudah lebih tiga pasar raya semua­nya habis (telur).

“Jangkaan saya, krisis bekalan ini berikutan pembelian panik daripada pengguna yang dikatakan membuat stok bagi mengelak terputus bekalan,” jelasnya.

Bagi seorang pengguna, Muhammad Azmi Razali, 56, dia memilih untuk makan telur itik dan telur ayam kampung bagi menggantikan telur ayam.

“Kalau tiada telur ayam biasa, saya akan beli telur itik dan telur ayam kampung yang mana rasa­nya lebih enak walaupun harga lebih mahal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI