fbpx

TFC lega benam skuad Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) muncul wira selepas menjaring gol kemenangan ketika membantu TFC menewaskan Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin. – TFC

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain me­ngakui skuad bimbingannya beraksi di bawah tahap sebenar sewaktu mengatasi Sri Pahang 2-1 di laman sendiri kelmarin.

Nafuzi berkata, barisan pemain TFC bergelut dengan isu kecergasan selepas mengharungi jadual padat, sekali gus gagal memperaga aksi terbaik bertemu skuad Tok Gajah berkenaan.

“Persembahan pemain-pemain saya kurang baik berbanding perlawanan terdahulu, namun harus diingat, untuk mengekalkan rentak dan prestasi bukan satu tugas mudah.

“Saya lihat anak-anak buah saya sudah keletihan sejak minit pertama lagi dan selepas Sri Pahang merapatkan jurang, kami berada dalam keadaan tertekan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi berkenaan, Kpah Sherman dan Faisal Abdul Halim muncul penjaring gol TFC, manakala pemain gantian Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol sagu hati pelawat.

Kemenangan itu membo­lehkan TFC menamatkan kemarau kemenangan dan naik ke kedudukan kelima Liga Super dengan mengumpul 13 mata daripada lapan perlawanan.

Nafuzi lega TFC berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat, sekali gus mengutip tiga mata penting.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI