fbpx

Penggunaan peranti Halo selamatkan nyawa Guanyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA dipandu Guanyu terbalik dan terseret sebelum melambung dan menghentam pagar keselamatan pada awal perlumbaan GP British di Litar Silverstone kelmarin. – AFP

SILVERSTONE – Pelumba China, Zhou Guanyu yang terlibat dalam kemalangan ngeri sewaktu perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) British mengakui peranti keselamatan Halo yang dipasang pada jentera itu telah menyelamatkan nyawanya.

Pada saingan tersebut, bendera merah dikibarkan serta-merta seawal pusingan pembukaan di Litar Silverstone selepas berlaku pelanggaran antara pemandu Mercedes, George Russell dan Pierre Gasly.

Kemudian, Russell yang tidak dapat mengawal jentera terus menghentam jentera Alfa Romeo yang dipacu Guanyu dan menyebabkan jentera tersebut terbalik dan terseret sebelum melam­bung dan menghentam pagar keselamatan.

Akibat insiden tersebut, perlumbaan terpaksa dihentikan kira-kira satu jam dan selepas pemeriksaan dilakukan, pasukan Alfa Romeo mengesahkan pemandunya itu dalam keadaan baik dan sedar.

“Saya dalam keadaan baik dan halo selamatkan saya hari ini. Terima kasih semua atas ucapan anda semua,” kata Guanyu.

Halo titanium diperkenalkan F1 pada 2018 dan pada mulanya peranti keselamatan tersebut mendapat tentangan daripada para pemandu kerana mengganggu pemanduan mereka, namun selepas ia berfungsi menyelamatkan beberapa nyawa akhirnya peranti tersebut dikekalkan.

Pemandu Williams, Alexander Albon yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut turut dikejarkan ke hospital dengan menggunakan helikopter untuk pemeriksaan lanjut dan keada­an­nya dilaporkan stabil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI