fbpx

Carlos Sainz raih kemenangan pertama GP F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ meraih kemenangan pertama dalam F1 selepas 150 perlumbaan apabila muncul juara pada GP British kelmarin. – AFP

SILVERSTONE – Impian Carlos Sainz untuk meraih kemenangan Formula Satu (F1) pertamanya selepas 150 perlumbaan tercapai selepas pelumba pasukan Ferrari itu berjaya menawan Grand Prix (GP) British semalam.

Pada awal perlumbaan, Sainz dilihat bakal berdepan tenta­ngan hebat menerusi pelumba pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen yang sempat me­mintasnya untuk menguasai sai­ngan tersebut.

Bagaimanapun, jentera Vers­tappen berdepan masalah sekali gus terpaksa memasuki hentian pit dan ketinggalan sebelum mengakhiri perlumbaan tempat ketujuh keseluruhan.

Sainz bernasib baik apabila seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez cuba mencabar kedudukan tempat pertama, namun terpaksa akur menamatkan saingan tempat kedua.

Sementara itu, Lewis Ha­milton (Mercedes) berjaya menghadiahkan podium ke-13 buat peminatnya selepas menamatkan perlumbaan tempat ketiga di Silverstone.

“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Ia perlumbaan yang menakjubkan. Kemenangan pertama saya di Formula Satu pada perlumbaan ke-150 saya dan untuk Ferrari di Silverstone.

“Ia adalah hari yang sangat istimewa, hari yang tidak akan saya lupakan, hujung minggu yang sangat istimewa buat pasukan dan juga diri saya,” kata Sainz.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan dominasi pasukan Red Bull yang meraih enam kemenangan berturut-turut musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN