fbpx

Lubang besar pada sisi pesawat A380

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG menemui lubang besar di bahagian tepi pesawat selepas mendarat di Brisbane. - JacdeNnew/Twitter

CANBERRA – Penumpang sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Emirates ketakutan selepas mendengar bunyi dentuman kuat berpunca daripada skru besar yang tercabut dan melubangi bahagian tepi pesawat Airbus A380 tersebut, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bunyi kuat itu mengejutkan penumpang yang melakukan perjalanan dari Dubai ke Brisbane pada Sabtu lalu. Insiden berlaku hanya 45 minit selepas berlepas.

Ia boleh didengari dari lantai tetapi penumpang yang ketakutan pada awalnya tidak mengetahui puncanya. 

Mereka bernasib baik apabila penerbangan selama 14 jam itu berlalu tanpa sebarang masalah lain, manakala kru kabin kekal tenang.

Bagaimanapun selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan), mereka terkejut apabila menemui lubang luas di bahagian tepi pesawat.

Gambar menunjukkan fiuselaj (badan) di bahagian kiri pesawat itu berlubang. Kemalangan itu difahamkan berpunca daripada skru roda pendaratan yang tercabut.

Penumpang terkejut kerana mereka berjaya menempuh penerbangan dengan jarak lebih 11,265 kilometer (km) itu dalam pesawat yang rosak.

Susulan kejadian, jurucakap Emirates memberitahu laman berita Daily Mail Australia bahawa pesawat itu sedang dibaiki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI