fbpx

Madhuri Dixit pernah jayakan 5 filem serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADHURI DIXIT

AKTRES senior Madhuri Dixit mendedahkan pernah menyahut tawaran berlakon dalam lima buah filem serentak pada satu masa semata-mata untuk mencipta nama.

Ujar pelakon berusia 55 tahun itu, sewaktu awal kemunculannya dalam industri perfileman Bollywood, dia berdepan dengan cabaran untuk mencipta nama kerana perlu bersaing dengan pelakon baharu yang lain.

“Saya pernah menerima tawaran untuk berlakon dalam lima buah filem ketika awal kemunculan dalam industri.

“Jadual saya ketika itu sangat padat sehingga saya menjadi terlalu penat kerana tidak cukup waktu untuk berehat,” jelas bintang yang terkenal dengan gerak tari menawan itu.

Sepanjang penglibatan sejak tahun 1984, Madhuri telah berlakon hampir 100 buah filem.

Dia bukan sahaja pelakon, bahkan seorang penerbit filem berjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI