fbpx

Warga emas maut digilis lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal ditunggangi S. S. Chandra selepas terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat Taman Mutiara, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah lori membawa muatan pasir dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Taman Mutiara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi, mangsa S. S. Chandra, 60, dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Taman Mutiara menghala ke Pengkalan.

“Setiba di lokasi motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dari arah sama menyebabkan terjatuh lalu digilis kenderaan berat itu.

“Akibat kemalangan itu mangsa telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian terdapat serpihan kenderaan dan kesan calar di permukaan jalan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI