fbpx

Ibu tujuh anak berdepan 25 tuduhan menipu dalam jualan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (dua dari kiri) di bawa ke Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini atas 25 pertuduhan penipuan penjualan pakej emas 916 membabitkan empat mangsa wanita sejak September tahun lalu hingga Januari lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Wan Noraini Wan Abdullah, 43, yang mempunyai tujuh orang anak mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah dan Ainis Abu Hassan Shaari manakala sesi pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid dan Aini Adilah Muhammad Faizal.

Menurut kertas pertuduhan, Wan Noraini didakwa memperdaya empat wanita melalui 20 tawaran pembelian emas 916 (Pakej E) yang menawarkan pulangan 80 gram nilai emas sehingga mendorong mangsa membuat bayaran RM11,500 hingga RM12,100 bagi setiap pakej.

Bagaimanapun, tertuduh hanya menyerahkan antara 19.17 gram hingga 40.36 gram nilai emas kepada mangsa iaitu kurang daripada nilai yang dijanjikan di pejabat Gold Ventures Sungai Isap Maju 1, Jalan Gambang di sini.

Tertuduh juga didakwa menipu membabitkan lima pakej pembelian emas 916 (Pakej A) yang menawarkan pulangan lapan gram nilai emas, namun nilai yang diberikan kepada mangsa juga kurang daripada nilai yang dijanjikan.

Wan Noraini didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Bagi 25 pertuduhan itu, mahkamah menetapkan jaminan RM72,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin bercagar bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah menetapkan semula kes pada 21 Julai dan 8 Ogos hadapan bagi pengurusan kes dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI