fbpx

Polis rampas RM262.3 juta pelbagai jenis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM262.3 juta sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.

Difahamkan, nilai rampasan bahan terlarang itu mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak RM683.3 juta.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, berkata sebanyak 69,648 kes serta 81,706 individu ditahan atas pelbagai seksyen kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu melibatkan 55,560 kes dan 66,889 tangkapan.

“Sepanjang tempoh enam bulan ini, sebanyak 10,464 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, 2,394 liter pelbagai cecair dadah, 69,132 kg daun ketum serta 44,809 liter air ketum dirampas menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM262.3 juta.

“Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lalu pula, polis telah merampas 15,397 kg pelbagai jenis dadah, 5,342 liter pelbagai cecair dadah, 148,407 kg daun ketum serta 54,267 liter air ketum dengan nilai rampasan RM683.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis turut membongkar enam makmal dadah yang dijadikan sebagai tempat memproses dadah melibatkan 18 tangkapan sepanjang enam bulan pertama tahun ini, manakala dalam tempoh sama tahun lalu, 10 makmal haram dibongkar termasuk 51 tangkapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI