fbpx

Kerajaan sedia tambah kuota minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE JECK SENG (dua dari kiri) menyerahkan insentif skim tanaman kontan pekebun kecil sawit kepada seorang pekebun sawit pada Program Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Kuota minyak masak subsidi mencukupi, namun hakikatnya masih berlaku kekurangan minyak berkenaan di pasaran.

Itu diakui Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng yang mengulas mengenai isu minyak masak bersubsidi yang perlu diberi perhatian termasuklah mengenalpasti punca kekurangan minyak masak berkenaan.

Beliau berkata, dalam mengatasi isu itu kerajaan juga bersedia dan mampu menambah kuota minyak masak bersubsidi yang pada masa ini berjumlah 730,000 metrik tan.

“Saya turun padang dan semua kawasan dikatakan tidak cukup minyak masak RM2.50 sedangkan kuota dikatakan mencukupi, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dan kerajaan kena lihat perkara ini.

“Kalau benar tidak cukup kerajaan tidak ada masalah membuat tambahan (kuota untuk minyak subsidi),”katanya dalam sidang akhbar pada Program Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan harga minyak sawit negara sentiasa stabil dan memberikan pendapatan yang baik kepada pekebun sawit.

Katanya, selain melaksanakan kempen kerajaan juga menjalinkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar sawit termasuklah Indonesia dalam mencari kaedah bersama menstabilkan harga komoditi itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI