fbpx

Genting Dreams berlabuh di PD, NS unjur pendapatan RM6 juta sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal persiaran Genting Dreams yang dioperasikan Resort World.

SEREMBAN – Perbadanan NS (NS Corporation) mengunjurkan Negeri Sembilan bakal menjana pendapatan tambahan sebanyak RM6 juta sebulan apabila kapal persiaran Genting Dreams berlabuh di Port Dickson bermula 11 Julai depan.

Pengerusi NS Corporation, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, pihaknya menjangka setiap kali kapal tersebut singgah, para pelancong akan berbelanja sebanyak RM750,000.

“Kapal persiaran ini kebiasaannya membawa seramai 5,000 orang, iaitu 3,000 pelancong dan 2,000 anak kapal.

“Mereka akan turun dan membeli-belah di samping melancong di lokasi yang menarik di Negeri Sembilan.

“Untuk setiap perjalanan, kapal ini akan berlabuh dari pukul 7 pagi hingga 4 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Rafie

Mohamad Rafie yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri berkata, Resort World yang menjalankan operasi kapal persiaran itu telah bersetuju untuk melabuhkan kapal mereka sebanyak dua kali seminggu iaitu setiap hari Isnin dan Khamis sehingga hujung tahun ini di perairan Port Dickson.

“Kami akan mengusahakan agar ianya diteruskan sehingga tahun hadapan.

“Hasrat kita akhirnya adalah untuk menjadikan Port Dickson sebagai pengkalan kapal persiaran iaitu Home Port for Cruise Liners,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI