fbpx

Tukun tiruan konservasi pulih ekosistem hidupan marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (tiga dari kiri) semasa menyaksikan kerja-kerja melabuhkan tukun tiruan di perairan Tok Bali, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Tukun tiruan berkonsepkan konservasi yang diusahakan Jabatan Perikanan Malaysia mampu membangunkan semula biodiversiti hidupan laut sekali gus membantu meningkatkan pendapatan nelayan di Zon B sekitar lapan kilometer dari pesisir pantai Tok Bali di sini.

Timbalan Menteri Pertanian II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, struktur binaan konkrit yang diletakkan di dasar laut Kelantan sejak tahun 2007 itu kini telah mencapai sebanyak 212 buah tukun dengan perbelanjaan sebanyak RM3 juta.

Menurutnya, struktur pembinaan tukun tiruan mengguna piawaian yang ditetapkan di dalam garis panduan Program Persekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) yang melibatkan tukun konservasi bagi pemuliharaan sumber marin selain tukun tiruan rekreasi bagi tangkapan secara memancing dan perikanan yang terkawal.

“Purata berat tukun tiruan ini adalah antara 0.3 hingga 42 tan metrik. Sebanyak 30 hingga 50 gred simen digunakan bergantung kepada jenisnya samada tukun tetrapod, tukun udang karang, tukun kiub, tukun rekreasi, tukun dasar lembut dan tukun keluli.

“Kita telah melabuhkan tujuh tukun konservasi di lokasi lapan kilometer dari Kuala Tok Bali hari ini dengan perbelanjaan sebanyak RM270,000 dari model Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda,” katanya pada sidang akhbar di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahli Parlimen Pasir Puteh itu, Jabatan Perikanan Malaysia akan membina, melaksanakan program dan melabuhkan tukun tiruan ke seluruh perairan perikanan secara berterusan bagi memastikan sumber perikanan sentiasa mampan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI