fbpx

Pemandu potong barisan ‘naik hantu’ gara-gara dihon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman papan pemuka memaparkan seorang pemandu berang dihon selepas cuba memotong barisan.

PETALING JAYA – Adegan pergaduhan di atas jalan raya bukan lagi sesuatu perkara yang baru ketika ini.

Kewujudan kamera papan pemuka kini juga dapat merakam pelbagai kerenah pemandu di Malaysia yang sering menjadi tular di media sosial.

Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu ‘naik hantu’ gara-gara dihon oleh pemandu lain selepas cuba memotong barisan.

Menerusi rakaman tersebut, dilihat pemandu berkenaan secara tiba-tiba memotong barisan sehingga pemilik video itu membunyikan hon kerana terkejut.

Pemandu kenderaan itu kemudian dilihat turun dari keretanya sambil memaki hamun pemilik video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu itu yang disifatkan tidak bertimbang-rasa.

“Pelik juga orang ini, hon je pun. Itu pun mahu bergaduh, cepat kecil hati orang sekarang ini,” kata Aiman.

“Hanya di Malaysia, bunyikan hon itu tandanya mahu ajak bergaduh,” kata Nik.

“Bagi saya, bunyikan hon ialah cara untuk berkomunikasi antara kenderaan. Macam nak minta mereka berhenti dulu ke, suruh jalan ke kalau mereka tidak perasan lampu sudah hijau. Kadang-kadang tekan hon sebagai tanda terima kasih,” kata Azhan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 6,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI