SEREMBAN – Pasukan Sabah FC berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.
Pertembungan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee dan K. Devan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini berakhir dengan keputusan 0-1.
Kemenangan itu juga membolehkan pasukan Sabah FC naik ke tangga kedua liga.
Gol Sabah FC berjaya dihasilkan melalui sepakan percuma yang dihantar Jackson De Souza dan ditanduk oleh pemain pertahanan, Taesu Park pada minit ke-61.
Perlawanan itu disaksikan oleh 8,957 penonton yang hadir di stadium.
Perlawanan tamat dengan tambahan masa lima minit. – KOSMO! ONLINE