fbpx

Pelanggan minum air berisi ‘lipas’ tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar minuman pelanggan yang mengandungi lipas tular di laman sosial.

PETALING JAYA – Tular beberapa gambar sejak semalam di laman sosial memaparkan kejadian seorang pelanggan terminum segelas air mengandungi lipas di sebuah restoran di ibu negara semalam.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai az.

Menurutnya, biarpun air tersebut telah diganti baru, namun dia tetap tidak berpuas hati di atas faktor kebersihan.

“Sebenarnya, tak ada niat nak tutup periuk nasi orang, cuma mahu mereka ambil berat soal kebersihan,” katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, restoran sama itu turut didedahkan terpalit dengan beberapa insiden lain melibatkan kebersihan sejak awal tahun ini.

Susulan perkongsian tersebut, orang ramai rata-rata meluahkan kekecewaan serta mempersoalkan bagaimana restoran terbabit masih dibenarkan beroperasi.

“Kenapa masih ada yang pergi ke kedai ni walaupun selepas kontroversi? Malah kenapa kedai ni masih boleh terus beroperasi?” Kata Rhea.

“Tak tahu kenapa masih ramai orang nak makan sini lagi. Dah bertahun aku berhenti makan kerana tak sedap dan mahal,” ujar Lynda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI