fbpx

Bilionair seluruh dunia rugi AS$1.4 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elon Musk masih bergelar individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$208.5 bilion (RM919.2 bilion). - AFP

WASHINGTON – Nilai kekayaan 500 manusia terkaya di dunia merosot AS$1.4 trilion (RM6.17 trilion) bagi separuh pertama tahun ini, yang merupakan kejatuhan paling mendadak dalam tempoh enam bulan bagi kelas bilionair global.

Menurut akhbar Economic Times, nilai kekayaan Elon Musk merosot hampir AS$62 bilion (RM273 bilion), manakala pesaingnya, Jeff Bezos kehilangan kira-kira AS$63 bilion (RM277.7 bilion).

Ia merupakan kejatuhan paling banyak dicatatkan berbanding dua tahun lalu apabila nilai kekayaan golongan tersebut berkembang ketika kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat melaksanakan pelbagai langkah rangsangan bagi menghadapi pandemik Covid-19.

Bagaimanapun kini, dengan kenaikan kadar faedah oleh penggubal dasar bagi memerangi peningkatan inflasi, beberapa saham berkaitan bilionair-bilionair tersebut susut mendadak.  

Tesla contohnya, mencatatkan prestasi suku terburuk dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, selain Amazon turut mengalami situasi sama.

Menurut Presiden Papamarkou Wellner Asset Management, Thorne Perkin, bilionair-bilionair berkenaan telah mengumpul nilai kekayaan berkali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menyebabkan mereka dapat bertahan meskipun mengalami kerugian besar setakat tahun ini.

“Mereka mampu bertahan meskipun prestasi separuh pertama tahun ini adalah yang terburuk sejak 1970 bagi Indeks S&P 500.

“Pemikiran kumpulan tersebut agak berlainan. Kebanyakan mereka mencari peluang ketika berlakunya krisis dalam pasaran,” kata Perkin kepada agensi berita Bloomberg.

Meskipun nilai kekayaan merosot, Musk, yang merupakan pengasas Tesla masih mengekalkan kedudukan sebagai manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$208.5 bilion (RM919.2 bilion).

Bezos yang memiliki syarikat e-Dagang Amazon pula berada di tempat kedua dengan nilai kekayaan berjumlah AS$129.6 bilion (RM571.3 bilion), demikian menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

Individu terkaya Perancis, Bernard Arnault, berada di tempat ketika dengan kekayaan bernilai AS$128.7 bilion (RM567.4 bilion), diikuti dengan Bill Gates sebanyak AS$114.8 bilion (RM506.1 bilion).

Empat individu tersebut memiliki nilai kekayaan melebihi AS$100 bilion (RM440.8 bilion) pada permulaan tahun ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI