fbpx

Luahan pembaca: Agenda tersembunyi guna isu rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM diwujudkan untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang tamak. – gambar hiasan

Saudara Pengarang,

Penulis percaya bahawa rata-rata orang ramai mungkin akan bersetuju bahawa rasuah merupakan antara isu utama yang harus ditangani, namun untuk mengatakan negara ini sebagai ‘juara’ rasuah atau paling teruk korup, terma ini seharusnya ‘dibersihkan’ daripada kotak pemikiran rakyat negara ini.

Apa sebabnya? Ini kerana terma sedemikian terhasil daripada persepsi akibat sensasi berita-berita negatif dan kajian yang tidak seimbang serta tidak tepat.

Buktinya, saban tahun kita akan dibentangkan dengan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang sering menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan dan skor yang ‘cukup-cukup makan’.

Berkaitan CPI ini, ada beberapa isu yang telah timbul antaranya ada yang berpandangan bahawa persepsi bukanlah gambaran tepat bagi mengukur tahap rasuah. Ada yang mengatakan kajian tersebut berkemungkinan telah diputarbelit serta berat sebelah.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh berpandukan CPI ini semata-mata dalam mengukur tahap kedudukan rasuah.

Selain itu, ada juga yang berpandangan bahawa CPI membuktikan Malaysia lebih baik daripada beberapa negara jiran, namun disebabkan kurangnya kita memberi perhatian terhadap perang saraf berkaitan rasuah, ia telah mengakibatkan Malaysia dipandang lebih teruk berbanding negara-negara lain.

Lebih malang, dalam hal memerangi rasuah, ada segelintir pihak yang merendah-rendahkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak dinafikan, tindakan penguatkuasaan yang tegas serta pembongkaran oleh SPRM berkaitan isu rasuah khususnya kes berprofil tinggi di media ada kalanya menyumbang kepada anggapan negatif masyarakat, namun ia harus dilihat dalam konteks pencegahan atau iktibar.

Pernahkah kita terfikir jika tiada SPRM sebagai penampan atau penyekat dalam hal ini, apa akan jadi pada negara kita ini?

Adakah ketirisan dana-dana kerajaan akan terbongkar? Adakah jutaan ringgit wang yang diseleweng dapat dikembalikan?

Setidak-tidaknya walaupun isu rasuah ini besar, namun dengan adanya SPRM, ia masih terkawal dan yang paling penting tindakan telah dan akan diambil terhadap pelakunya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan agenda ‘tersembunyi’ yang menggunakan isu rasuah.

Wan Burhanuddin Wan Mansor
Keramat, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI