fbpx

Lopetegui kecewa kekalahan Sevilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOPETEGUI mengakui kekalahan dengan jaringan yang tipis sangat mengecewakannya. – AFP

BUDAPEST – Jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui tanpa berselindung mengakui perit selepas skuad kendaliannya tewas 1-2 kepada Bayern Munich pada aksi Piala Super UEFA di Arena Puskas awal pagi semalam.

Meskipun mendahului perlawanan pada minit ke-13 menerusi Lucas Ocampos, namun Sevilla gagal menghalang kebangkitan Bayern apabila bolos dua gol hasil jaringan Leon Goretzka dan Javi Martinez.

Lopetegui berkata, sukar untuk diterima apabila tewas dalam perlawanan seperti itu, terutamanya ketika mereka memiliki peluang melakar kemenangan.

“Sangat menyakitkan apabila tewas, lebih-lebih lagi pada perlawanan penting seperti ini. Sebenarnya, kami memiliki peluang yang cukup besar untuk menang.

“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kami apabila pulang dengan tangan kosong. Walaupun tewas, saya tetap bangga dengan aksi yang ditampilkan para pemain yang sangat berdisiplin,” kata Lopetegui.

Sementara itu, Presiden Sevilla, Pepe Castro mengakui Bayern lebih berhak menang, namun tetap memuji aksi yang ditampilkan pemain-pemainnya.

“Bukan rezeki kami untuk menjulang piala ini dan saya akui Bayern lebih berhak menang. Penjaga gol mereka, Manuel Neuer banyak menyelamatkan percubaan kami,” ujar Castro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI