fbpx

97.1 peratus jangkitan saluran pernafasan di Johor babit kluster pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON ketika sidang akhbar selepas program Majlis Pelancaran MyChampion Peringkat Negeri Johor 2022 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan berlaku peningkatan trend wabak jangkitan saluran pernafasan dengan 97.1 peratus bersamaan 1,188 kes membabitkan kluster institusi pendidikan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, peningkatan itu adalah 2.1 kali ganda berbanding 574 kes tempoh sama pada tahun lalu.

Katanya, bilangan kluster wabak berkenaan juga menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 12 kluster dilaporkan sehingga minggu ke 26 tahun ini berbanding hanya lapan kluster pada tempoh masa tahun lalu.

“Sebanyak 1,188 kes wabak jangkitan saluran pernafasan Influenza-like-illness (ILI) dan Upper Respiratory Tract lIness (URTI) itu direkodkan berlaku pada 27 Jun lalu sehingga hari ini.

“Secara amnya, kes ILI dan URTI adalah jangkitan biasa yang berlaku tanpa musim di Malaysia sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran MyChampion Peringkat Negeri Johor 2022 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini.

Tian Soon berkata, sehubungan itu, pihaknya ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya bagi membendung wabak berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI