fbpx

PH belum muktamad pembahagian kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHFUZ (tengah) merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2022 di Ipoh hari ini.

IPOH – Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi terutama di kawasan yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, rundingan dan perbincangan berkaitan perkara tersebut sedang dijalankan oleh kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan.

“Kita dalam proses untuk pengagihan kerusi dan apabila sampai masanya, kita akan umumkan berapa jumlah kerusi yang akan diperolehi oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan.

“Buat masa sekarang, kita juga masih belum sampai ke peringkat di mana kerusi majoriti Melayu (ditinggalkan Bersatu), hanya akan ditandingi antara Amanah atau PKR. Setakat ini belum lagi (keputusan muktamad),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2022 di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, pihaknya berharap Amanah akan diberikan tambahan kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang selain mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU-14.

Katanya, pergolakan dalam UMNO ketika ini dilihat memberi kelebihan kepada PH di mana masyarakat akan menilai kepincangan yang berlaku dan kembali memberi sokongan kepada gabungan pembangkang itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI