fbpx

Ebit Lew beri kerusi roda elektrik untuk dua beradik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew bantu belikan kerusi roda elektrik untuk dua beradik OKU di Kota Kinabalu, Sabah.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew memberikan bantuan kerusi roda elektrik untuk dua beradik penjual buah orang kurang upaya (OKU) di Kota Kinabalu, Sabah.

Ebit di dalam hantaran Facebook menceritakan, beliau menangis bertemu dua beradik tersebut yang tidak sempurna tangan dan kaki mereka.

“Berniaga dari kedai ke kedai jual buah. Kami hadiahkan kerusi roda elektrik dan hadiahkan sedikit belanja.

“Allahuakbar menangis tengok cara abang ni berniaga bergerak atas kayu beroda,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan kedua-dua mereka dimurahkan rezeki.

“Gembira abang ini kali pertama dapat kerusi roda elektrik begini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI