fbpx

Dua gempa bumi gegar Indonesia pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dan 5.0 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Indonesia pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kejadian pertama berlaku di Laut Maluku Utara pada pukul 7.49 pagi dan seterusnya di Utara Sumatera pada pukul 8.10 pagi.

“Di Maluku, pusat gempa bumi terletak 0.9 darjah utara dan 126.2 darjah timur manakala di sebelah Sumatera terletak 4.7 darjah utara dan 96.2 darjah timur.

“Kejadian itu masing-masing berlaku pada kedalaman 129 kilometer (km) tenggara dari Bitung dan 69 km utara dari Meulaboh,” katanya.

Tambah MetMalaysia, bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI