fbpx

Axelsen, Momota buat perhitungan epik di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AXELSEN menewaskan Christie pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena sebentar tadi. GAMBAR - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen menepati ramalan apabila melangkah ke pentas final Terbuka Malaysia 2022 bertemu bintang perseorangan lelaki Jepun, Kento Momota di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

Ia bakal menjadi satu perlawanan epik antara kedua-dua pemain memandangkan Axelsen hanya menang dua aksi ke atas Momota dalam 16 pertemuan sejak kali pertama mereka bertemu pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2014.

Kali terakhir juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan Momota yang kini menghuni ranking kedua dunia, adalah sewaktu final Terbuka Denmark 2021 dengan kemenangan 20-22, 21-18, 21-12.

Axelsen, 28, mara ke final Terbuka Malaysia kali ini selepas menewaskan pemain No.8 dunia dari Indonesia, Jonathan Christie 21-15, 20-22, 21-11 pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Momota, 27, pula mengesahkan tempatnya lebih awal ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan 21-11, 21-12 ke atas wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Sebagai rekod, Axelsen dan Momota masing-masing tidak pernah menjuarai saingan Terbuka Malaysia dalam karier mereka.

Aksi final perseorangan wanita esok bakal mempertemukan Ratchanok Intanon dari Thailand menentang pemain China, Chen Yufei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI