fbpx

Wabak Listeria menular di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT yang dijangkiti Listeria perlu mengingati makanan yang mereka makan sebulan sebelum jatuh sakit. - itpnews.com

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 22 orang dimasukkan ke hospital dan seorang lagi meninggal dunia selepas dijangkiti Listeria, manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Pe­nyakit (CDC) menyatakan, punca penularan penyakit itu di Amerika Syarikat (AS) belum dikenal pasti. 

Saluran berita NBC News me­laporkan, mereka yang dijangkiti menetap di 10 negeri di AS tetapi majoriti pesakit tinggal atau berkunjung ke Florida sebelum jatuh sakit.

Gejala penyakit itu biasanya dikesan seawal dua minggu selepas seseorang individu makan makanan dicemari bakteria Listeria.

Pesakit akan mengalami demam, sakit otot, sakit kepala, hilang keseimbangan badan dan beberapa gejala lain. Jangkitan Listeria boleh membawa maut.

Walaupun CDC tidak mengenal pasti makanan khusus yang mungkin menyebarkan bakteria itu, makanan yang kerap dikaitkan dengan penyakit tersebut termasuk keju, taugeh mentah, tembikai, daging hiris, pate (da­ging), hot dog, ikan salai dan susu mentah.

Mereka yang berisiko tinggi dijangkiti Listeria termasuk golongan lebih tua, pesakit lemah imunisasi badan, wanita hamil dan bayi baru lahir. 

Wanita hamil yang dijangkiti Listeria biasanya hanya mengalami demam dan gejala selesema lain seperti keletihan dan sakit otot. Bagaimanapun, jangkitan Listeria boleh menyebabkan ke­guguran, kelahiran mati, kelahiran pramatang atau komplikasi lain selepas bayi dilahirkan.

Justeru, CDC menggesa penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan supaya melaporkan penyakit itu kepada jabatan kesihatan pada kadar segera.

Orang awam yang mengalami gejala Listeria harus menulis seberapa banyak yang mereka ingat tentang makanan yang diambil sebulan sebelum jatuh sakit, kata CDC. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI