fbpx

Beribu-ribu penduduk Sudan Selatan lapar, tiga orang mati kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA daripada kumpulan etnik Murle menunggu untuk pengagihan makanan oleh WFP Gumuruk, Sudan Selatan pada 10 Jun 2021. - AFP

JUBA, Sudan Selatan – Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak dan seorang dewasa meninggal dunia akibat kebuluran di Sudan Selatan selepas bantuan makanan dihentikan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Kematian itu berlaku di kem pelarian di negeri Warrap, utara Sudan Selatan.

Situasi itu berlaku selepas Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan, pihaknya menghentikan bantuan makanan di beberapa kawasan di Sudan Selatan kerana kekurangan dana.

Pada Jun lalu, badan antarabangsa itu berkata, ia memerlukan dana sekitar AS$426 juta (RM1.88 bilion) untuk meneruskan bantuan makanan.

Bagaimanapun, bantuan kewangan itu tidak diterima berikutan masyarakat antarabangsa beralih tumpuan kepada krisis bertindih lain termasuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Pekerja sebuah badan kemanusiaan Medecins Sans Frontieres, Sami Al Subaihi berkata, seorang kanak-kanak yang mati akibat kelaparan itu baru berusia lima tahun. 

“Saya melihat ibu kanak-kanak itu duduk di sebelah kubur kecil anak lelakinya yang baru digali.

“Tiga anaknya yang lain semuanya sangat kurus dan lemah,” katanya.

Beliau menambah, lebih 20,000 orang yang tinggal di kem pelarian itu berisiko mengalami kebuluran.

“Dalam satu kem, saya melihat orang rebah kerana keletihan secara fizikal. Mereka jelas tidak mempunyai makanan yang mencukupi. 

“Saya tidak melihat sesiapa memasak atau apa-apa makanan disimpan di mana-mana tempat di kem itu,” jelasnya.

Seorang pegawai WFP memberitahu stesen penyiaran BBC bahawa badan itu telah menggantung bantuan kepada 1.7 juta orang kerana kekurangan dana, tetapi terus membantu 4.5 juta penduduk yang  lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI