fbpx

Kalau sudah jodoh, wanita kahwini bapa bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkahwinan Dean dan Paul akhirnya direstui keluarga mereka. – Jam Press

COLUMBUS, OHIO – Seorang wanita di  negeri Ohio, Amerika Syarikat mencuri  perhatian netizen apabila berkongsi kisah cinta  bersama suami yang merupakan bapa bekas teman lelakinya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Sydney Dean, 27, mengaku  dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan anak suaminya, Paul, 51, ketika zaman persekolahan sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Meskipun sudah berpisah, Dean masih bersahabat baik dengan bekas kekasihnya serta ahli keluarga lelaki itu selain kerap mengunjungi kediaman mereka.

Disebabkan sering bertemu, Dean dan Paul mula jatuh cinta meskipun memiliki jurang usia 24 tahun.

Selepas berumur 16 tahun, kedua-dua mereka membuat keputusan untuk menjalani hubungan serius sebelum merancang  berkahwin pada 2016.

“Ibu saya tahu siapa Paul yang sebenarnya dan mereka juga kelihatan mesra. Namun, ketika saya memberitahu telah jatuh cinta kepada Paul, dia berasa agak keberatan untuk merestui kami,” kata Dean.

Selain ibunya, ayah wanita itu juga pada awalnya tidak bersetuju dengan hubungan mereka disebabkan perbezaan usia begitu ketara.

Halangan seterusnya yang paling besar adalah daripada anak Paul sendiri, iaitu bekas kekasih Dean.

Bagaimanapun, wanita itu berkata, semua halangan tersebut berjaya diharungi dan mereka akhirnya merestui perkahwinan pasangan suami isteri berkenaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI