fbpx

Marquez nafi tuduhan ‘anak emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ yang terlibat dalam insiden pada perlumbaan pertama musim ini masih belum cergas untuk kembali ke litar. – AFP

CATALUNYA – Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez berang dituduh sebagai ‘anak emas’ pasukan Repsol Honda selepas pasukan tersebut dilihat berdepan masalah apabila masih belum mampu menaiki podium semenjak ketiadaannya.

Honda dikatakan hanya menyediakan jentera khas buat Marquez sedangkan pelumba-pelumba Honda yang lain berdepan masalah untuk mendapatkan tunggangan terbaik bersama jentera buatan Jepun tersebut.

Isu itu timbul sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas hanya Marquez mampu menguasai jentera Honda berbanding pelumba-pelumba lain termasuk rakan sepasukannya sebelum ini.

Pelumba Honda seperti Dani Pedrosa, Jorge Lorenzo dan terkini iaitu Alex Marquez dilihat gagal untuk menawan karakter liar jentera RC213V hingga menyebabkan saingan perebutan gelaran dunia jatuh kepada pasukan lain.

Pelumba satelit Honda, LCR Honda seperti Takaaki Nakagami dan Cal Crutchlow juga tidak mampu tampil cemerlang untuk bersaing merebut podium, malah catatan terbaik mereka adalah sekadar tempat keempat.

“Setiap jentera MotoGP mempunyai karakter yang berbeza-beza. Jadi, tugas utama pelumba yang sepatutnya perlu mencari keserasian bersama jentera. Honda merupakan pasukan terbaik dan pelumba perlu benar-benar cergas untuk mengemudi jentera tersebut,” kata Marquez.

Untuk rekod, Marquez telah meraih 56 kemenangan daripada 128 perlumbaan yang dia sertai hingga membolehkannya menjulang kemenangan MotoGP sebanyak enam kali.

Lebih hebat, pelumba Sepanyol itu musim lalu meraih 12 kemenangan daripada 18 perlumbaan dan pelumba 27 tahun tersebut mengumpul 420 mata keseluruhan iaitu rekod terbaharu dalam kelas Premier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI