fbpx

Mohamed Salah akhirnya buat keputusan kekal di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH menamatkan spekulasi masa depannya apabila menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp percaya masih banyak boleh dicapai Mohamed Salah yang menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menandata­ngani kontrak baharu selama tiga musim.

Difahamkan, kontrak baharu penyerang sensasi berusia 30 tahun itu akan menjadikan dia sebagai penerima gaji ter­tinggi sepanjang zaman Liverpool dengan jumlah £350,000 (RM1.86 juta) se­minggu sehingga 2025.

Menerusi perjanjian lanjutan baharu itu, Salah akan terus menjadi kunci kepada harapan The Reds untuk menamatkan penguasaan seteru utama, Manchester City di bawah kendalian Klopp selepas ini.

“Ia adalah hidangan istimewa untuk penyokong kami nikmati­nya hujung minggu mereka de­ngan lebih bermakna. Saya pasti akan ada beberapa sambutan selepas berita ini.

“Ia adalah keputusan terbaik buat kami dan juga dirinya. Dia sudah menjadi milik Liverpool sekarang.

“Tanpa ragu-ragu, tahun-tahun terbaik Mo (Salah) akan datang selepas ini. Lima musim pertama dia di sini sudahpun menjadikan dia seorang le­genda,” kata Klopp.

Situasi itu kembali menaikkan semangat para peminat Liverpool untuk melihat gandi­ngan trio baharu yang akan diketuai Salah bersama Luis Diaz dan pe­nyerang yang dibeli daripada Benfica, Darwin Nunez baru-baru ini.

Salah berhijrah ke Anfield daripada AS Roma pada 2017 dan telah memenangi segala-galanya bersama Liverpool terma­suk Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala Kelab Dunia, Piala Super Eropah, Piala FA dan Piala Liga Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI