fbpx

Seorang terselamat, 2 dikhuatiri lemas bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dua lagi mangsa yang terjatuh dari bot sedang giat dijalankan. FOTO IHSAN BOMBA.

KAJANG – Seorang terselamat, manakala dua lagi dikhuatiri lemas dalam kejadian di sebuah tasik sekitar Taman Cahaya, Sungai Chua di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.15 petang.

“Kejadian membabitkan tiga beranak terdiri daripada seorang lelaki berusia 50-an bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 18 dan 15 tahun.

“Mereka dipercayai menaiki sebuah bot ke tasik berkenaan untuk membuat kerja-kerja pembersihan sebelum bot dinaiki tiba-tiba terbalik.

“Anak lelaki mangsa berusia 18 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala selebihnya dikhuatiri lemas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari masih giat dijalankan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI