fbpx

Nasib Stadium Shah Alam diketahui 16 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada program tersebut

KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam pada 16 Julai depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya masih meneliti isu itu termasuk pilihan untuk perobohan sebagai langkah penjimatan jangka masa panjang.

“Cadangan itu dalam peringkat perbincangan dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat. Kita akan umumkan (keputusan cadangan) bersempena hari pembukaan Stadium Shah Alam pada 16 Julai nanti.

“Buat masa ini, tidak elok saya huraikan keseluruhan kerana ia melibatkan perbincangan semua pihak termasuk pengurusan bola sepak,” katanya pada program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Kuala Selangor di sini, hari ini.

Stadium Shah Alam yang berusia hampir 30 tahun itu didakwa akan dirobohkan dan digantikan dengan stadium berkapasiti sederhana iaitu antara 30,000 hingga 40,000 penonton.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa stadium itu memerlukan perbelanjaan tinggi bagi kos penyelenggaraan berjumlah RM5 juta setiap tahun.

“Cadangan merobohkan stadium itu merupakan salah satu pilihan kerana kita terpaksa menjalankan kerja penyelenggaraannya,” ujarnya.

Tambah Amirudin, pelan jangka panjang perlu diputuskan kerajaan negeri bagi mengambil kira faktor keselamatan di stadium tersebut.

“Kita tidak mahu hanya membaik pulih stadium semata-mata namun komponen lain masih bermasalah dan memerlukan penyelenggaraan.

“Perkara itu akan dinilai kumpulan profesional secara teknikal bagi memastikan keperluan dan keputusan kelak membawa kepada kepentingan stadium berkenaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI